Friday, January 14, 2011

Pelaburan melalui simpanan KWSP

Pelaburan Unit Amanah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP:
Apa itu Skim Pelaburan Simpanan Ahli KWSP???

•Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

•Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP

Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Definasi Simpanan asas.
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
i . Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah
skim pegeluaran pelaburan ahli tidak melebihi 20% daripada jumlah
simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

ii . Pengeluaran untuk pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali
dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Maklumat tambahan untuk Pelaburan melalui KWSP.

i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) . Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang. Borang ini juga boleh diperolehi daripada IPD yang diluluskan atau agen sah yang dilantik IPD.

ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.

(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).

Kaedah Bayaran
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.

Cara Permohonan Dihantar

• Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.

• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses.

• Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.

Untuk makluman, KWSP adalah penjaga kepada simpanan wajib hasil titik
peluh kita, setiap polisi yang dibuat akan memberi kesan kepada setiap
warganegara Malaysia yang bekerja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, “WANG PARA PENCARUM ADALAH DILINDUNGI”.
Keutamaan KWSP adalah untuk PENGEKALAN MODAL. ( Sumber : – The Edge
Malaysia, 4hb April 2005 )

Sekiranya objektif pelaburan peribadi anda adalah Pengekalan Modal,
maka KWSP adalah tempat terbaik untuk menyimpan TETAPI sekiranya
objektif anda adalah untuk PERTUMBUHAN MODAL JANGKA PANJANG, anda
patut mempertimbangkan secara serius mengenai pilihan yang diberikan
oleh KWSP iaitu membenarkan anda melabur dalam UNIT AMANAH.

****KITA SEMUA SEPATUTNYA MENGAMBIL BERAT MENGENAI MASA HADAPAN KERANA
KITA KELAK TERPAKSA MENGHABISKAN KEHIDUPAN KITA DI WAKTU ITU” –
Charles F, Kettering


JADUAL JUMLAH SIMPANAN ASAS DALAM AKAUN 1

Umur

Simpanan Asas

(RM)

Baki Minimum

Layak melabur (RM)

Umur

Simpanan Asas

(RM)

Baki Minimum

Layak melabur (RM)

18 1,000 6,000 37 34,000 39,000
19 2,000 7,000 38 37,000 42,000
20 3,000 8,000 39 41,000 46,000
21 4,000 9,000 40 44,000 49,000
22 5,000 7,000 41 48,000 53,000
23 7,000 12,000 42 51,000 56,000
24 8,000 13,000 43 55,000 60,000
25 9,000 14,000 44 59,000 64,000
26 11,000 16,000 45 64,000 69,000
27 12,000 17,000 46 68,000 73,000
28 14,000 19,000 47 73,000 78,000
29 16,000 21,000 48 78,000 83,000
30 18,000 23,000 49 84,000 89,000
31 20,000 25,000 50 90,000 95,000
32 22,000 27,000 51 96,000 101,000
33 24,000 29,000 52 102,000 107,000
34 26,000 31,000 53 109,000 114,000
35 29,000 34,000 54 116,000 121,000
36 32,000 37,000 55 120,000 125,000

CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN

ASAS (RM) PENGIRAAN: SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS X 20%

KELAYAKAN

AHLI A: 22 thn RM4,000 – RM5,000 x 20% – AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

B: 22 thn RM8,000 – RM5,000 x 20%
= RM600 AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
KURANG RM1,000

C: 25 thn RM20,000 – RM9,000 x 20%
= RM2,200 AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM2,200

D: 40 thn RM40,000 – RM44,000 x 20%
_
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

E: 45 thn RM100,000 – RM64,000 x 20%
= RM7,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINUMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM7,200

Ahli yang layak melabur boleh membuat pengeluaran setiap tiga (3) bulan sekali.

contohnya, jika anda telah membuat pengeluaran kali pertama pada 1 Mac 2008,

anda boleh membuat pengeluaran kali kedua tiga bulan kemudian, iaitu pada

atau selepas 1 Jun 2008 dengan syarat baki kiraan anda masih layak untuk

melabur.

Untuk mengetahui samada anda layak;

  • semak penyata akaun KWSP anda yang terkini
  • semak baki anda di http://www.kwsp.gov.my jika anda adalah pendaftar i-Akaun
  • dapatkan penyata terkini di mana-mana pejabat KWSP berhampiran anda
  • tulis surat kepada pejabat KWSP untuk mengetahui baki terkini

Setelah mendapat penyata terkini dan LAYAK, hubungi perunding anda di talian

013 3047160 (Izdiani,Unit Trust Consultant Public Mutual) untuk proses mengisi borang, serta cap jari dan selanjutnya.

Sila rujuk http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype&ac=2622 ) atau pada lampiran yang disertakan untuk tujuan Pengiraan Kelayakan Pengeluaran. Salah satu objektif perubahan tersebut adalah bagi memberi pilihan kepada anda untuk melabur sejumlah wang yang layak dilaburkan ke dalam mekanisma pelaburan yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi.


Pelaburan lebih awal adalah lebih baik dengan

pulangan yang lebih baik, semakin berumur,

semakin kecil peluang anda untuk melabur

melalui skim KWSP ini.

Bayangkan pulangan pelaburan anda melebihi

10% setahun berbanding dengan pulangan

dividen KWSP hanya sekitar

4% hingga 5.5% setahun.