Wednesday, March 2, 2011

RM50 tiada nilai

Siang td saya menerima email daripada seorang member yahoogroups,catatannya menarik minat saya untuk terus membaca.

Assalamualaikum WBT,

"Bang, tolong beli susu anak dengan milo".
Itu sms yang aku terima dari isteri aku. Biasanya kami borong barang dapur yang kering sekaligus untuk sebulan. Tapi untuk keperluan susu anak ni tokleh nak tangguh-tangguh. Mahu tak tidur malam dibuatnya nanti. Jadi aku segera mencari barang tersebut.

RM50.00 dihulurkan dikaunter tak mencukupi untuk milo pek kecil dan susu budak. Kena tambah lagi RM1.40. Perghh... 2 barang je RM50 tak cukup. Macam takde nilai je RM50 ni. Tapi itulah kenyataannya.

Kita mungkin biasa dengar mak bapak kita masa sekolah dulu bawak duit belanja 10 sen je. Nasi lemak masa tu boleh dapat 5 sen. Sekarang? Anak aku untuk belanja sekolah pagi dan petang RM3.50 seorang. Masa zaman aku sekolah dulu RM1.00 pagi petang. Jauh betul bezanya.

Inilah yang sedang kita hadapi. Peningkatan perbelanjaan yang semakin tinggi dari tahun ke tahun. Ditambah pula dengan beban kenaikan harga barang yang akan buatkan RM50.00 bagaikan tiada nilai lagi. Ada juga blogger-blogger yang sanggup mengeluarkan wang RM50 (ada juga yang lebih) sebagai hadiah kepada pengikut-pengikut setia blog mereka. Yelah.. Dulu duit RM50 ni besar nilainya. Sayang nak bagi-bagi orang camtu je. Sekarang mungkin RM50 terlalu kecil buat mereka. Sebab itulah tidak menjadi hal. Tidak mustahil satu hari nanti kita akan bekalkan RM50 untuk belanja sekolah anak-anak di masa hadapan.


Saya setuju sgt2 dgn catatan tersebut,kdg-kdg pergi shopping barang keperluan dekat pasaraya,habis smpi ratus RM,tp bila tgk balik barang yg dibeli apa je yg dapat...rasa mcm x setimpal dgn nilai wang yg dibelanjakan.

Tp nak buat mcmmana kan...itu yg dinamakan peningkatan inflasi dlm ekonomi negara.20 tahun dulu,zaman sekolah belanja mak ayah bagi RM0.50 je..RM0.30 untuk nasi lemak rm0.20 utk beli air.skrg ni apa ye nilai RM0.30 tuh...hehe..buat masuk tandas awam boleh la...

sini saya ingin berkongsi cara dan idea yg menguntungkan bagaimana utk mengatasi kadar inflasi yg akan dtg.Bagi mereka yg sentiasa peka dgn kenaikan kadar inflasi mungkin telah mengambil tindakan bijak dengan membuat perancangan kewangan awal atau pun ada yg masih tidak pasti bagaimana dan dimana untuk membuat perancangan kewangan.

Bagaimana yer ?pelaburan adalah antara cara berkesan untuk mengatasi/mengawal inflasi yg kian meningkat.Anda boleh melabur dimana2 mekanisme pelaburan yg disahkan oleh SC dan BNM.

Tp saya tiada wang lebihan/cash untuk melabur.
Tiada istilah mampu atau tidak untuk anda merancang masa depan anda.Kerajaan membenarkan bagi pencarum kwsp untuk mengeluarkan 20% drpd simpanan akaun 1-simpanan asas untuk tujuan pelaburan.Sesungguhnya dgn cara itu tidak merugikan,malah menguntungkan anda!
Secara tidak langsung anda telah mendapat 2 kebaikan dgn cara tersebut.1)wang kwsp anda mampu memberi pulangan berlipat kali ganda dr apa yg anda dapat 2) anda dapat mengawal dan mengatasi peningkatan inflasi yg bakal tiba.

Saya takut rugila bila melabur....
mostly bila sebut je melabur,org dah ingat rugi...
Pelaburan bijak adalah bila anda bijak mengatur strategi.Jika anda ikut strategi pelaburan yg bijak anda tidak akan rugi malah untung berganda2...InsyaAllah.

Bagaimana cara untuk melabur melalui kwsp?
anda boleh lawati http://www.kwsp.gov.my untuk rujukan dan cara pengiraan pengeluaran untuk tujuan pelaburan

atau

hubungi perunding unit amanah untuk khidmat nasihat, cara dan strategi pelaburan yg bijak




No comments:

Post a Comment